Tuesday, April 28, 2009

Ketua Kampung Jagoi Duyoh

Berikut adalah Senarai nama yang pernah menjadi ketua Kampung sehingga kini

i. Kobut
ii. Pa' Bujang
iii. Pa' Nyawor
iv. Pa' Rejik
v. Pa' Migel


Penghulu Kawasan Jagoi yang Berasal dari Kpg Duyoh

Mendiang Penghulu Edward Sibon

Kampung Duyoh Dilanda Ribut

Pada 24 April 2009, angin ribut telah melanda beberapa kawasan di Kampung Duyoh. Kilat dengan gunturnya telah menyebabkan pucuk durian dan pucuk pokok telap terputus dan dalam masa yang sama kilat menyambar pokok durian berdekatan dengan rumag En. Miseng yang terletak di tepi jalan di belakang gerai hujung minggu di kampung Duyoh.

Menurut seorang penduduk kampung, angin puting beliung berputar dengan derasnya dengan sebesar batang pokok kelapa di langit. Pusaran angin ini bagaimanapun pecah kepada beberapa pusaran yang lebih kecil.

sungguhpun begitu, kesannya dapat dilihat, dimana banyak pokok terputus dan tumbang.

Sunday, April 19, 2009

Musim Menuai Padi

Padi telah menguning
dan sedia untuk dituai









Thursday, April 16, 2009

Kampung Jagoi Duyoh adalah merupakan salah satu daripada perkampung Bidayuh yang terletak dalam zon Jagoi. Menurut keterangan secara lisan yang diperturunkan dari generasi awal sehingga kini, Kampung ini telah diduduki oleh para penduduknya sebelum pembentukan Kerajaan Raja Brooke lagi. Penempatan awal para penduduk di kampung ini adalah di kawasan yang dikenali sebagai Balung Duyoh, diikuti dengan Balung Sawea, Balung Sungi Lateng, Balung Sungi Nyongak. Sebahagian kecil penduduk menduduki Kawasan Pakiew, Plaman Stalan, Sungi Sibatang, dan Pang Serikin. Keseluruhan kawasan ini telah dirangkumi dan sekarang dikenali sebagai Kampung Duyoh. Nama asal kampung ini dinamakan berdasarkan nama Sungai Duyon yang mengalir melalui Kampung ini. Mengikut keterangan seorang penduduk, semasa berlakunya tragedi Letusan Gunung Berapi Krakatau. Seluruh Kampung berasa akan gegaran dan kedengaran bunyi dentuman yang kuat, dan keadaan agak malap selama beberapa minggu disebabkan oleh keadaan asap dan debu yang begitu tebal nun jauh di langit. Walaupun begitu, keadaan berasap dan berdebu tidaklah sampai menganggu aktiviti harian dan kesahitan mereka cuma mereka tidak mengetahui apakah sebenarnya yang menyebabkan suasana yang agak sulam.

Aktiviti utama para penduduk pada awal penempatan di kawasan ini adalah berhuma iaitu menanam padi bukit, mencari hasil hutan dan memburu binatang liar. Rumah kediaman mereka pada itu adalah rumah panjang yang diperbuat daripada kayu, buluh dengan atap daun sagu atau rumbia.

Rumah Bidayuh pada masa itu terbahagi kepada
i. Tonyu
ii Awah
iii Bori
iv Abuh
v Pawad
Vi Situok
vii Anyung
viii Akat
ix Longah

Peralatan untuk kehidupan harian mereka adalah seperti parang, kapak, cangkul,

Dapur untuk memasak dikenali sebagai abuh yang dilengkapi dengan Poyoh yang digunakan untuk menyimpan kayu api supaya ia kering.

Pada masa sekarang, dengan perubahan masa dan perubahan zaman, aktiviti ekonomi para penduduk kampung juga telah berubah seiring dengan perubahan zaman. Kalau dahulu para penduduk bergantung sepenuhnya kepada aktiviti pertanian pindah, sekarang para penduduknya telah mengusahakan kebun dan ladang secara tetap.
Boboy, Gudang chating with friends
Weekend Market at Kampung Duyoh


Badminton


Barbeque organise by Beka







Kokoh and Tetet In action