Monday, July 13, 2009

Pemilihan JKKK Kampung Duyoh

Satu mesyuarat akan diadakan pada 15 Julai untuk membuat pemilihan JKKK Baru 2009-2010. Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh En. Sanyo iaitu Ketua Kampung yang baru.

Monday, July 6, 2009

Pemilihan Ketua Kampung Duyoh

Pemilihan Ketua Kampung Jagoi Duyoh yang baru telah diadakan pada 17 Jun 2009 bertempat di Balai Raya Kampung. Seramai Tiga orang telah dicalonkan iaitu En. Miku Anak Megan, En, Sanyo Anak Oren dan En Patrik Anak Edward Sibon. Pemilihan kampung ini telah diselia dan di pantau Pegawai Daerah Bau iaitu En Tomhem Anak Mijod bersama dengan Temenggung dan Penghulu kawasan Jagoi.

Pada Pemilihan tersebut En. miku anak Migen mendapat 7 undi, En. Patrik Sibon mendapat 35 undi dan En Sanyo mendapat lebih dari 100 undi. Ini bermakna pemilihan ketua Kampung telah dimenangi oleh En Sanyo. Berkuatkuasa dari 17 Jun 2009, En Sanyo diberi tempoh percubaan selama 3 bulan sebelum perlantikan secara rasmi diberikan oleh Pejabat Daerah.

Dalam masa tempoh percubaan ini, semua urusan dikampung masih lagi diuruskan oleh Ketua Kampung yang lama iaitu En Gumbek bersama dengan JKKKnya.

Selepas tempoh percubaan ketua kampung yang baru akan mengadakan perjumpaan den mesyuarat dengan penduduk untuk memilih JKKK yang baru.